Servis & Rawatan

Kami menawarkan pelbagai perkhidmatan pergigian berkualiti tinggi untuk memastikan kesihatan dan kecantikan senyuman anda.

Veneer

Veneer

Rawatan kosmetik untuk memperbaiki penampilan gigi anda.

Jenis Rawatan:

Composite Veneers

Veneer komposit adalah alternatif konservatif untuk porselin dan dibuat daripada resin lutsinar yang dibentuk oleh doktor gigi. Veneers jenis ini biasanya sangat mudah dan anda boleh melihat hasilnya dengan cepat.

Componeer

Componeers adalah teknologi terbaru yang juga dikenali sebagai veneer "hari yang sama". Componeers boleh dipasang dan ditempatkan dalam satu hari, tanpa sebarang prosedur rumit, yang menjadikannya lebih cepat dan lebih murah. Componeers diperbuat daripada serat komposit, yang menjadikannya tahan lebih lama berbanding veneers biasa.

Zirconia Veneers

Zirconia Veneers adalah sejenis bahan seramik yang dikenali sebagai zirkonia oksida. Mereka digunakan untuk membuat mahkota penuh atau separa untuk memulihkan gigi yang rosak. Zirconia Veneers dihasilkan dalam pelbagai warna, membolehkan anda memilih jenis warna yang paling sesuai dengan warna gigi yang ada.

Emax Veneers

Juga dikenali sebagai Lithium Silicate, Emax Veneers mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menjadikannya sangat berkesan pada pemulihan gigi. Ia digunakan untuk membuat mahkota penuh bertujuan bagi memulihkan gigi rosak. Vakum Emax adalah lutsinar – kualiti yang memberi mereka keupayaan untuk menghasilkan penampilan yang lebih semula jadi pada gigi anda.

Penskaleran Gigi (Scaling & Polishing)

Penskaleran Gigi (Scaling & Polishing)

Rawatan pembersihan gigi profesional untuk kesihatan mulut yang optimum.

Jenis Rawatan:

Rawatan Karang Gigi

Karang gigi terjadi apabila sisa makanan yang mengandungi bakteria terselit pada gigi untuk jangka masa yang lama yang seterusnya membentuk plak yang akhirnya menjadi karang gigi, Karang gigi harus dibuang melalui kaedah scaling bagi mengelakkan masalah gigi yang lebih kronik.

Rawatan Polishing

Rawatan Polishing pula adalah rawatan yang membersihkan gigi daripada kesan kotoran seperti kesan merokok atau kesan air seperti kopi & teh. Namun rawatan karang gigi harus dilakukan sebelum rawatan Polishing boleh dilanjutkan.

Pendakap Gigi (Braces)

Pendakap Gigi (Braces)

Pendakap gigi adalah alat yang digunakan dalam ortodontik yang menyelaraskan dan meluruskan gigi dan membantu memposisikan semula kebolehan mengigit seseorang. Sementara itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesihatan gigi di samping mendekatkan jurang antara gigi.

Pemutihan Gigi (Teeth Whitening)

Pemutihan Gigi (Teeth Whitening)

Rawatan pemutihan gigi ialah prosedur untuk mencerahkan warna gigi yang telah berubah warna atau kekuningan akibat faktor seperti pemakanan, merokok, atau penuaan. Ia dilakukan dengan menggunakan bahan pemutih seperti hidrogen peroksida atau karbamida peroksida untuk menghilangkan kotoran dan noda pada permukaan serta lapisan dalam gigi.

Jambatan Gigi (Bridge)

Jambatan Gigi (Bridge)

Jambatan gigi (Dental Bridge) digunakan sebagai "jambatan" bagi mengisi kekosongan gigi yang hilang. Jambatan ini ditampung oleh gigi asli atau gigi palsu.

Mahkota Gigi (Crown)

Mahkota Gigi (Crown)

Jambatan gigi (bridge) terdiri atas dua buah mahkota (cetakan sesuai dengan bentuk gigi) yang dipasang pada kawat besi dan diletakkan pada kedua gigi yang hilang. Kedua gigi yang digunakan sebagai penampung jambatan gigi disebut sebagai "gigi perbatasan." Jembatan tersebut kemudian dipasang gigi palsu yang disebut sebagai pontics.

Gigi Palsu (Dentures)

Gigi Palsu (Dentures)

Gigi palsu adalah satu alat yang boleh ditanggalkan yang diguna untuk mengantikan gigiyang hilang atau rompong. Penggunaan gigi palsu adalah penting bagi memudahkan pesakit untuk mengunyah makanan dan bercakap dengan lebih jelas. Kehilangan gigi yang banyak akan menyebabkan otot muka mengendur sekaligus menampakkan muka lebih berusia. Gigi palsu merupakan salah satu kaedah yang amat membantu dalam mengembalikan profil muka seseorang dan juga dapat meningkatkan keyakinan diri.

Tampalan Gigi (Filling)

Tampalan Gigi (Filling)

Rawatan untuk membaiki gigi yang rosak atau berlubang.

Jenis Rawatan:

Tampalan Fissure Sealants

Fissure Sealant adalah sejenis plastik yang digunakan untuk menutup alur hitam di gigi. Ia bertindak sebagai lapisan perlindungan yang menghalang sisa makanan atau bakteria daripada memasuki alur gigi yang rosak.

Tampalan Sewarna

Tampalan sewarna adalah tampalan yang mengikut warna gigi. Jenis tampalan ini semakin popular kerana ia dapat merawat masalah gigi berlubang di samping meningkatkan keyakinan diri.

Dapatkan Rawatan Pergigian Berkualiti Hari Ini

Hubungi kami untuk membuat temujanji atau pertanyaan lanjut tentang perkhidmatan kami. Kami sedia membantu anda mendapatkan senyuman yang sihat dan cantik.